Saturday, November 24, 2012

Berdikari? Berfikiran Matang?

"Ma.." Ku serpa ibuku yg berbaring diatas katil. Belum sempat menerima jawapan, ku teruskan dengan pertanyaanku yg mungkin tidak disangka ibuku..
"Aku ani pandai berdikari kah nda?"
Senyap sahaja ibuku. Tiada jawapan diberikan.

"Nda!" sampuk ayahku dengan nakalnya. "Bapa anie, tarus2 jua, pikir2 lah dulu sebelum menjawab"
Bapaku tersenyum riang sebelum menyembunyikan mukanya dibawah bantal. Menahan ketawa bunyinya, puas hati dapat berjenaka dengan anaknya yang bungsu.

"Bolehlah sikit2" tiba-tiba ibuku bersuara. "Nda jua independent semuanya, tapi boleh jua lah diharapkan"

Independent? Wah, sampai berbahasa Inggeris ibuku dibuatnya. Ya, ku akui, aku masih belum dapat berdikari sepenuhnya. Keputusan dilakukan dengan nasihat ayah dan ibu, makan pakai semua masih ditangung. Permikiran ku masih keanak2an. Anak bungsu lah katakan. Anak manja ibu dan ayah.

Nampaknya aku harus berubah. Berapa umurku sekarang? Teringat pegawai lesen kenderaan bertanyakan perkara yg sama.
"21.. kan masuk 22 tahun" jawapku. Zaman remaja pun sudah habis... Jadi kenapakah fikiran ku masih keanak2an? Soalan cepumas yg tidak ku dapat jawap dalam masa yg singkat.

"Aku nda pandai masak kan mama? hehehehe.." Ku alihkan permikiranku balik ke perbualan bersama ayah dan ibu.
"Banar! mama ani harap2tah kn makan masakan mu balik2 kau dari New Zealand ani.. balum jua ada-adanya" usik ibuku. Kami ketawa bersama.

"Tapi kan mama.. berdikari atu ada banyak lagi selain pandai memasak sendiri kan?"
"Banar plang tu Adib. Buat masa ani mama sama babah blh sudah harapkan kau, tapi belum sepenuhnya."

Jadi, aku mesti membuktikan yang aku boleh. Tapi macamana? Agaknya blum cukup aku 9 bulan dirantauan hidup dan belajar di New Zealand untuk menunjukkan aku sudah matang. Tapi, matang kah aku?

"Mun sudah pandai kan ber-darling atu, pandai tah berdikari tu.." Ayah menyampuk lagi. Terlihat kelibat mukanya dicelah bantal. Aku tersenyum sinis mendengar kata-kata ayahku.
 "Aweh, atu lagi nda pandai kan berdikari wah, nda tah ku tau gunanya kan ber-darling." Ibu menambah lagi.

"Tapi kan kanak2 darjah 6 atu ber-darling jua.. alum jua pandai berdikari tu" usik ku menahan malu.

"Atu kanak2 nda berpemikiran tu!" Jawab ayahku.

Perbualan kami terhenti disitu kerana tibalah masa untuk menunaikan Sembahyang Maghrib. Kata-kata ayah yang bernas itu masih terselit di minda ku. Otak ada jangan disia2kan. Mungkin jawapan kepada semua persoalan ku ada di ayat terakhir perbualan tadi. Berfikir.. Fikirkan.. Pemikiran..

"You don't think.."

Tiba2 suara yg ku kenal terngiang di telingaku.

"This might sound impolite, but you don't think.."
Kata-kata yg sungguh tajam yang baru ku terima petang tadi.

Aku tidak nafikan ada kebenaran disebalik kata-kata yg tajam itu, lebih-lebih lagi ianya lahir dari mulut seseorang yg ku sayang. Ya, mungkin aku boleh berfikir tapi masih cetek. Mungkin aku harus mendalami lagi pemikiranku. Kata-kata nasihat yg diluahkan kepadaku masih berlegar-legar di minda. Aku harus mengenal suara hatiku, mengenal fikiran mindaku, dan mengenal perbezaan diantara keduanya. Aku ditinggalkan dengan berpandukan nasihat itu sebagai jawapan kepada segala persoalanku.

Persoalan yg belum terjawab.

Nampaknya malam ini aku akan berfikir panjang sebelum melelapkan mata.

Terima kasih Mama. Terima kasih Babah.
Terima Kasih.. Darling-ku =)